Monday, August 30, 2010

Solah Terawih dan Malam Lailatulkadar

Salam, saudara dan saudari moga di malam bulan Ramadhan bersama-sama kita berjemaah solat Terawih selepas mengerjakan solat Isyak. Insyaallah sama-samalah kita berdoa pada sepuluh malam terakhir ini kita ditemukan dengan malam Lailatulkadar dalam mengerjakan beribadah dengan kehendakNya. Para ulamak mengatakan ibadah yang kita lakukan bersamaan dengan 1000 bulan atau 83 tahun ibadah kita pada malam Lailatulkadar tersebut. Mana nak cari ya tuan-tuan, kita hidup pun entah tidak atau sampai ke umur 83 tahun tu. Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita rebut peluang yang diberikan oleh Allah s.w.t setahun sekali bonus yang diberikan. Seterusnya ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini sebagai latihan agar kita terus kuat beribadah walaupun selepas bulan ini.

Friday, August 13, 2010

Bingkisan Puasa Ramadhan 1431

Kepada muslimin dan muslimat didahului dengan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Puasa menjanjikan balasan yang berlipat ganda oleh Allah s.w.t. Sebagai umatNya kita seharusnyalah menunaikan ibadah yang telah difardukan ke atas kita dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan. Elakkanlah perkara yang membatalkan puasa serta yang mengurangkan pahala puasa kita pada siang harinya sehingga tibanya waktu berbuka puasa. Manakala pada malam Ramadhan boleh dipenuhi dengan ibadat solat Terawih berjemaah di masjid mahu pun surau dan disusuli tazkirah juga tadarus al-Quran. Jadi sama-samalah kita melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadhan tahun ini dengan sepenuh keikhlasan kerana puasa berikutnya pada tahun 1432 belum tentu lagi sampainya hayat kita. Insyaallah kita dapat lagi menunaikan ibadah puasa pada tahun berikutnya, wassalam.