Thursday, January 6, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Salam 2011 kepada semua warga pendidik khususnya serta para pelajar. Menyambut lembaran baru ini sangat mengujakan bagi setiap orang. Mungkin dengan azam dan semangat baru pada tahun ini dapatlah kita meningkatkan usaha agar dapat membentuk anak-anak didik yang selari mengikut kehendak acuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi aku pada tahun ini telah ditugaskan untuk mengajar pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki PMR 2011 dan pelajar tingkatan empat bagi SPM 2012. Insyaallah, dengan keazaman yang maksima dapat meramaikan lagi calon-calon peperiksaan PMR dan SPM yang cemerlang dan berkualiti adab dan sahsiahnya.

Monday, August 30, 2010

Solah Terawih dan Malam Lailatulkadar

Salam, saudara dan saudari moga di malam bulan Ramadhan bersama-sama kita berjemaah solat Terawih selepas mengerjakan solat Isyak. Insyaallah sama-samalah kita berdoa pada sepuluh malam terakhir ini kita ditemukan dengan malam Lailatulkadar dalam mengerjakan beribadah dengan kehendakNya. Para ulamak mengatakan ibadah yang kita lakukan bersamaan dengan 1000 bulan atau 83 tahun ibadah kita pada malam Lailatulkadar tersebut. Mana nak cari ya tuan-tuan, kita hidup pun entah tidak atau sampai ke umur 83 tahun tu. Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita rebut peluang yang diberikan oleh Allah s.w.t setahun sekali bonus yang diberikan. Seterusnya ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini sebagai latihan agar kita terus kuat beribadah walaupun selepas bulan ini.

Friday, August 13, 2010

Bingkisan Puasa Ramadhan 1431

Kepada muslimin dan muslimat didahului dengan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Puasa menjanjikan balasan yang berlipat ganda oleh Allah s.w.t. Sebagai umatNya kita seharusnyalah menunaikan ibadah yang telah difardukan ke atas kita dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan. Elakkanlah perkara yang membatalkan puasa serta yang mengurangkan pahala puasa kita pada siang harinya sehingga tibanya waktu berbuka puasa. Manakala pada malam Ramadhan boleh dipenuhi dengan ibadat solat Terawih berjemaah di masjid mahu pun surau dan disusuli tazkirah juga tadarus al-Quran. Jadi sama-samalah kita melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadhan tahun ini dengan sepenuh keikhlasan kerana puasa berikutnya pada tahun 1432 belum tentu lagi sampainya hayat kita. Insyaallah kita dapat lagi menunaikan ibadah puasa pada tahun berikutnya, wassalam.

Tuesday, June 29, 2010

Friday, June 11, 2010

Cuti Sekolah Penggal 1 2010

Cuti sekolah penggal 1 bagi 2010 mula pada 5 hingga 20 Jun. Cuti kali ni aku hanya duduk rumah dan balik kampung terdekat sahaja. Malang tidak berbau bila berlaku kemalangan ke atas kereta isteriku iaitu Toyota Unser WJC 8109 di kawasan Kalumpang berhadapan stesen minyak Caltex. Walau bagaimana pun, syukur kepada Allah isteriku yang memandu serta anak-anak seramai empat orang di dalamnya selamat Hanya kereta yang rosak sedikit dan ditunda ke bengkel TM Wong di Tg Malim. Tambahan pula ada jiran yang kebetulan lalu iaitu Saudara Yang, membantu membawa anak-anakku balik ke rumah di Kerling. Laporan polisdibuat di balai polis pekan Kerling sehingga pukul 8.15 malam pada 30 Mei 2010 iaitu hari kejadian tersebut.

Wednesday, April 28, 2010

Pilihanraya Hulu Selangor P.094

Semasa Pilihanraya Hulu Selangor aku bertugas sebagai Ketua Tempat Mengundi(KTM), cadangan daripada Tn Hj Mohd Mokhtar bin Hussin sebelum beliau pencen pada 8 April 2010. Pertama kali bertugas cuak juga rasanya tambahan pula dengan bahang pilihanrahaaya kecilini menjadi tumpuan seluruh Malaysia. Kuala Kubu Bharu yang dulunya tidak popular kecuali dimainkan dalam lagu allahyarham Sudirman kini kembali popular daripada hari penamaan calon pada 19 April 2010 sehinggalah pada hari pembuangan undi pada 25 April 2010. Menjelang penyerahan keputusan di Kompleks Sukan Serbaguna aku dihujani oleh jurukamera dan jurugambar yang merakamkan gambarku. Pada masa itu terasa diriku seolah-olah VVIP yang baru balik dari berjuang. Keesokan harinya aku dihujani oleh sapaan daripada rakan-rakan dan ramai anak-anak muridku tentang gambar yang dirakamkan tersiar di televisyen Astro Awani, TV3 dan RTM. Pengalaman tersebut sukar kulupakan dalam dairi hidupku dan menjadi kenang-kenangan yang manis..

Sunday, April 4, 2010

Motot Idamanku Kawasaki GTR1400

Ini merupakan moto idamanku kini la. Lain tahun tak tau lagi kot, tapi ini dah kira ok dari segi prestasi atau powernya. Boleh ikut easyrider dan superbike tapi hegenya ye.. Insyaallah ada rezeki dan panjang umur dan kesihatan yang mengizinkan dapat sambo agaknya ye..